Tuesday, November 30, 2010

NOTA KHB Tingkatan 2 : Elektronik

NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA

Nota KHB Tingkatan 3 : Simpan Kira

NOTA KHB PK TINGKATAN 3 (IMBANGAN DUGA)

Friday, November 26, 2010

NOTA KHB Tingkatan 1 : Jahitan

JAHITAN(TERAS)

1.1 MESIN JAHIT
1.Terdapat empat jenis mesin jahit tangan,mesin jahit kaki,mesin elektrik,dan mesin jahit elektronik.
2.Fungsi bahagian mesin jahit adalah seperti berikut:

BAHAGIAN MESIN FUNGSI
(a) Tiang benang memegang buku benang
(b) Pelaras penekan jahitan mengawal tekanan penekan benang
(c) Tuas pemegang benang mengawal pergerakan benang
(d) Tuas angkat menurunkan dan menaikkan penekan jahitan
(e) Ceper penegang benang mengawal ketegangan benang
(f) Spring pemegang benang mengawal benang
(g) Penekan jahitan menetapkan fabrik yang dijahit
(h) Gigi penolak menolak fabrik ke depan ketika menjahit
(i) Pemegang jarum memegang jarum jahit
(j) Pelaras mata jahitan melaraskan mata jahitan
(k) Skru pemberhenti jahitan mengawal jarum jahitan
(l) Pemusing gelendung menggulung benang
(m) Roda imbang mengawal pergerakan mesin

3.Langkah pertama sebelum menggunakan mesin jahit adalah memasang benang atas dan benang bawah.
4.Cara memasang benang atas pada mesin jahit adalah seperti berikut:


5.Memasang benang bawah melibatkan kerja menggulung benang pada gelendung,memasang gelendung pada sekoci dan memasukkan gelendung ke dalam kes bahagian bawah mesin seperti rajah yang berikut.


Menggulung benang pada gelendung


Memasukkan gelendung ke dalam sekoci


Memasang sekoci
1.1.1 Cara-cara Menggunakan Mesin

Sebelum menjahit:


Mula menjahit:



Selepas menjahit:


1.1.2 Membaiki Kesilapan Mesin
1. Kesilapan memesin yang sering terjadi ialah mata jahitan longgar,kelim dan benang bawah berkedut,mata jahitan melangkau dan jarum mesin patah.
2. Mata jahitan longgar berpunca daripada benang atas yang longgar,salah memasang jarum mesin dan kedudukan gelendung dalam sekoci yang tidak betul.
3. Cara mengatasi masalah tersebut ialah menegangkan benang pada ceper penegang benang,memasang jarum dan memasukkan sekoci dengan betul.
4. Mata jahitan yang melangkau disebabkan oleh jarum yang tumpul atau bengkok dan fabrik ditarik semasa menjahit.
5. Cara untuk mengelakkan jarum mesin patah ialah dengan menolak fabrik ke belakang setelah selesai menjahit.
6. Benang bawah yang berkedut berpunca daripada tegangan benang bawah yang ketat dan benang masih terlekat pada sekoci.Kesilapan ini dapat diatasi dengan melonggarkan skru pada sekoci dan membersihkannya.
7. Penyenggaraan mesin jahit dilakukan supaya mesin dapat berjalan lancar serta dapat menghasilkan mata jahitan yang cantik.
8. Antara penyenggaraan yang dilakukan termasuklah mengganti jarum dan meminyaki mesin.
9. Semasa meminyaki mesin,pastikan minyak dimasukkan melalui lubang di kepala mesin dan diletakkan fabrik di bawah penekan jahitan untuk menyerapkan minyak yang menitis.

1.2 PENGHASILAN PROJEK
1.Artikel-artikel mudah yang dihasilkan daripada jahitan mesin lebih menarik bila dihiaskan dengan jahitan sulam mudah,renda atau kun.
2.Jahitan sulam mudah yang biasanya digunakan adalah seperti yang berikut:
(a) jahitan silang pangkah

(b) jahitan insang pari

(c) jahitan suji bilang





3.Alas dulang di bawah ini menggunakan gabungan jahitan silang pangkah,insang pari dan suji bilang

Alas dulang

NOTA KHB Tingkatan 1 : Kerja paip

KERJA PAIP
1. Sistem Bekalan Air di Rumah.
Sistem terus
Air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan terus ke kelengkapan perpaip di rumah seperti sink cuci, bilik air dan tandas
Sistem tidak terus
Air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan ke tangki simpanan air sebelum diagihkan ke kelengkapan perpaipan di rumah seperti sink cuci, bilik air, dan tandas melalui paip agihan.
Tangki simpanan air
Tangki simpanan air diletakkan di tempat yang tinggi,dan biasanya di ruang bumbung bilik air dan bertutup bagi mengelakkan pencemaran.Tangki ini menerima bekalan air melalui paip perkhidmatan,dan menyalurkan air ke kelengkapan perpaipan melalui paip agihan.Aras air di dalam tangki dikawal secara automatik oleh injap bebola dan pelampung.





Tangki simpanan air
Cirri-ciri
• Tangki diperbuat daripada bahan seperti kepingan besi bergalvani,gentian kaca,dan poli(high density polyethylene-HDPE)
• Muatan tangki kegunaan rumah biasanya ialah 140 liter hingga 450 liter.
Fungsi paip dalam Sistem Bekalan Air di rumah.
Nama paip Fungsi
Paip perhubungan Menyalurkan bekalan air dari paip utama ke meter air.
Paip perkhidmatan Menyalurkan bekalan air dari meter air terus ke tangki simpanan air dan ke pili dapur.
Paip agihan Mengagihkan bekalan air dari tangki simpanan ke kengkapan perpaipan lain.
Paip limpah Menyalurkan air keluar dari tangki simpanan sekiranya berlaku kerosakan pada injap bebola
Paip cuci Menyalurkan air keluar daritangki simpanan
2. Jenis paip
Paip besi bergalvali (BG)
Paip BG diperbuat daripada bahan keluli yang disadur dengan zink.boleh didapati dalam tiga gred iaitu A,B,C.
Gred Ketebalan Kod warna Kegunaan
A Nipis Perang Paip limpah
B Sederhana Biru Paip agihan
C Tebal Merah Paip perhubungan,paip perkhidmatan.
Cirri-ciri
• Ukuran panjang piawai paip di pasaran ialah 6 meter setip batang.
• Saiz paip ditentukan oleh ukuran diameter bahagian dalam batang paip.
• Hujung paip BG mesti berulir untuk kerja penyambungan dan pemasangan.
Kebaikan
• Tahan lama.
• Menghasilkan sambungan kukuh.
Keburukan
• Berat.
• Sukar dikendalikan.

Paip PVC
Diperbuat daripada bahan plastic polyvinyl chloride .Boleh didapati dalam dua gred iaitu nipis dan tebal.
Cirri-ciri
• Saiz ditentukan mengikut ukuran diameter.
• Panjang piawai ialah 6 meter bagi setiap batang.
Kebaikan
• Mudah dikendali dan dipasang.
• Tidak berkarat.
Keburukan
• Jangka hayat yang pendek.
• Mudah pecah.
Paip poli
Diperbuat daripada bahan polimer sintetik kepadatan tinggi.Paip ini berwarna hitam dan mudah lentur.
Ciri-ciri
• Saiz dan fungsi yang sama seperti paip BG dan paip PVC.
• Boleh didapati di pasaran dalam bentuk gulung dan setiap gulung berukuran 30 meter panjang.
Kebaikan
• Daya tahan yang tinggi.
• Jangka hayat yang panjang.
Keburukan
• Bahan penyambung yang mahal.
• Mudah bocor jika terkena benda tajam
3.Penyambung paip
Penyambung paip digunakan untuk menyambung batang paip secara lurus atau menukar arah batang paip.Penyambung juga digunakan sebagai pelengkap dalam pemasangan alat perpaipan.
Jenis dan fungsi penyambung paip besi bergalvani,paip PVC,dan paip poli
Jenis Penyambung Fungsi/contoh sambungan
BG PVC Poli Meyambung batang paip dan alat kelengkapan perpaipan yang sama diameter.
Soket sama

Soket pengecil Meyambung batang paip dan alat kelengkapan perpaipan yang berbeza diameter.

Siku 90̊ sama Mengubah arah sambungan batang paip yang sama diameter pada sudut 90˚

Siku 90̊ pengecil Mengubah arah sambungan batang paip yang berbeza diameter pada sudut 90˚

Tee sama Membuat sambungan bercabang dan sama diameter 90˚.

Tee pengecil Membuat sambungan bercabang dan berbeza diameter sudut 90˚.

Tee penyuai Sambungan bercabang menggunakan dua jenis penyambung yang sama diameter.
Tiada jenis ini. Tiada jenis ini.
Putting heksagon Menyambung dua jenis penyambung atau jenis penyambung atau alatan kelengkapan paip yang berdekatan dan sama diameter.










Tiada jenis ini.










Penyuai soket injap Menyambung dua jenis penyambung atau jenis penyambung atau alatan kelengkapan paip yang lain jenis.




Penyuai soket PT Menyambung paip PVC kepada kelengkapan paip atau paip BG.
Tiada jenis ini
Tiada jenis ini
Soket penjodoh Menyambung paip yang sama diameter tanpa memusingkan paip yang sedia ada.

Tiada jenis ini

Palam Menutup hujung paip atau sambungan paip bercabang yang tidak di gunakan.


Tiada jenis ini.
Nat pengunci Mengetatkan sambungan paip.
Tiada jenis ini.

3. Bahan Pemasangan Paip
a)Glu paip PVC-semua jenis paip PVC.
b)Pita poly tetra fluoro ethylene(PTFE)-Semua jenis
paip berulir.
c)Sleeve dan gelang getah-hanya paip poli.
4. Jenis dan kelengkapan paip
Alatan tangan.
a) Pita pengukur
b) Gergaji besi- memotong besi galvani dan PVC.
c)Pemotong paip beroda- memotong besi galvani
c) Ragum paip yoke-memegang paip besi galvani.
d) Perengkuh paip-memutar paip besi gavani.
e) Pemotong pvc dan paip poli.
f) Kikir bulat-membuang grigis pada dalam paip.
g) Kikir rata-membuang grigis pada luar paip.
h) Sepana boleh laras-mengetat,melonggarkan nat.
i) Playar cengkam seribu-sesuai untuk paip poli.
5.Tangki simbah.
Tangki simbah aras tinggi.
Digunakan bagi tandas jenis cangkung dan dipasang dua meter dari aras lantai atau mangkuk tandas.
Tangki simbah aras rendah
Set tandas duduk.Tangki ini dipasang tinggi sedikit


Bahagian dan fungsi tangki simbah.

Bahagian Fungsi
Paip alur keluar. Saluran untuk menyimbah mangkuk tandas
Paip alur masuk Mengalirkan bekalan air ke tangki simbah
Paip limpah Melimpahkan air yang melebihi aras tertentu.
Injap bebola Mengawal aliran masuk ke dalam tangki dengan bantuan pergerakan pelampung.
Pelampung Apabila air mencapai aras tertentu hujung lengan yang bersambung dengan injap bebola akan menolak injap untuk menutup aliran air masuk.
Injap gegendang
Memulakan gerakan menolak air keluar dari tiub sifon ke alur keluar untuk menyimbah mangkuk tandas apabila tuil ditarik atau ditekan.
Tuil/tankai pelepas Menarik injap gegendang.
Tiup sifon Laluan air yang di tolak oleh injap gegendang ke paip alur keluar.

Operasi tangki simbah.
1) Apabila tuil ditarik atau ditekan,plat tertebuk bersama injap gegendang dalam tiup akan bergerak ke atas.
2) Air dalam tangki terus mengalir masuk ke tiup sifon dan meneruskan simbahan ke mangkuk tandas melalui paip alur keluar.

3) . Pelampung akan turut menurun mengikut aras air dan injap bebola akan terbuka bagi membenarkan air masuk semula ke tangki simbah.
Pili
Pili berbibir.
Mempunyai alur air masuk yang mendatar.
Pili bertiang.
Alur air masuk paip ini adalah menegak.

. Kerja penyenggaraan.
Perangkap
Tujuan untuk menghalang bau busuk dan sisa kotoran akan terperangkap dalam kedap.
Kedap
Perangkap yang sentiasa dipenuhi air.Air dalam kedap berfungsi untuk menghalang bau busuk dan serangga masuk ke dalam rumah.Ia juga memerangkap sisa-sisa kotoran kasar.
Membersih perangkap.
Perangkap boleh di bersihkan dengan menggunakan pelocok dan mengeluarkan endapan melalui lubang buangan.





.




.

NOTA KHB Tingkatan 1 : Reka bentuk dan Penghasilan Projek


Reka Bentuk & Teknologi:BAB 3
3.1Sumber & Kegunaan elektrik
3.1.1Sumber Elektrik
       a-kemagnetan
       b-dinamo
       c-turbin
       d-tindakan kimia
      e-sel kering-alkali
                           -mekuri
                           -lithium
                           -nikel cadmium[NiCad]
        f-cahaya
3.1.2Kegunaan elektrik
 -Tenaga Elektrik boleh ditukar kepada tenaga lain seperti
  Tenaga cahaya,haba,bunyi dan kinetik menggunakan alat               tertentu.
         -Elektrik untuk menghasilkan tenaga haba
 - perkakas elektrik yang menukar tenaga elektrik kepada tenaga haba menggunakan elamen pemanas yang dibuat daripada  nikrom.
        -Elektrik menghasilkan tenaga kinetik
 -perkakas yang menukar tenaga elektrik kepada kinetik menggunakan motor.
       -Elektrik untuk menghasilkan bunyi
-tenaga elektrik boleh ditukar kepada tenaga bunyi.
       -Elektrik untuk menghasilkan cahaya
-perkakas elektrik yang menukar tenaga elektrik kepada cahaya
Ialah lampu pijar dan pendar flour.Tiub lampu pendarflour mempunyai gas argon dan mekuri.Arus yang mengalir melalui campuran gas argon dan mekuri menghasilkan sinaran ultra ungu dan akan bertukar menjadi cahaya putih apabila terkena
Lapisan fosfor.

3.2Jenis Wayar dan Kerja Pendawaian
3.2.1 Alatan Tangan
Pena Ujian
-digunakan untuk menguji dan mengesan kebocoran arus elektrik atau wayar hidup.
-untuk kerja ringan
-sesuai untuk mengesan elektrik dalam julat 50V-500V
Pemotong sisi
-digunakan untuk memotong wayar elektrik
-digunakan untuk memotong lebihan wayar pada punca tamatan.
Playar muncung tirus
-digunakan untuk memotong
-digunakan untuk memegang benda kecil
-digunakan untuk mem bentuk kaki komponen
Playar gabung
-digunakan untuk kerja umum seperti memegang,mencengkam,memotong,membengkok dan membentuk
Penjalur wayar
-digunakan untuk menjalur dan memoyong wayar
-ada 2 jenis-Penjalur wayar spring
                           -Penjalur wayar mudah
3.2.2 Wayar
-Terdapat  pelbagai jenis wayar yang digunakan dalam pendawaian litar atau penyambungan pada kelengkapan elektrik.Penggunaan dan pemilihan wayar mestilah bersusuaian.
Jenis-jenis wayar
a-Wayarkuprum beranamel
        -digunakan untuk mwmbuatgegelung pada motorelektrik dan transformer.
b-Wayar lembar tunngal
        -digunakan untuk membuat pendawaian dalam litar mudah.
c-Wayar teras tunggal
        -terdapat dua bentuk-lembar wayar halus
                                              -lembar wayar kasar
d-Wayar teras kembar
         -terdiri daripada 2wayar yang dicantum
e-Wayar tiga teras
        -terdapat dua jenis
    a-wayar tiga teras berpenebat PVC
    b-wayar tiga teras berpenebat PVC beranyam benang.
3.2.3 Jenis Plag 
a-Plag 2-pin 2ampere
    -menggunakan wayar teras kembar
    -terdapat dua tamatan iaitu teras Hidup[L]&teras Nuetral[N]
    -digunakan untuk alatan berkuasa kecil
b-Plag3-pin 13 ampere
   -mempunyai 3 tamatan iaitu Hidup[L],Neutral[n] dan Bumi[E]
   -fius kartrij 13ampere dipasang untuk keselamatan
c-Plag 3-pin 15 ampere
    -untuk kelengkapan berkuasa tinggi
    -mempunyai bentuk bulaat dan tidak mrnggunakan fius
3.2.4 Fius
-fius dipasang untuk melindungi alt elektrik.Fiusjuga mencegah kemalangan berpunca dari litar pintas.Arus yang mengalir terlalu tinggi akan meleburkan fius.
-fius depasang pada wayar Hidup[L].fius ditentukan mengikut kadaran seperti 2A,5A,10A dan 13A.
-fius terbahagi2-fius dawai
                         -fius kartrij
3.2.5 Lampu pendarflour         
-Bahagian lampu pendarflour
          -tiub pendarflour 
          -perumah
         -cok
        -pemegang tiub
        -pemegang suis penghidup
       -suis penghidup
-Kerosakan lampu pendarflour yang biasa berlaku
1-Lampu tidak menyala-cok rosak
                                      -tiub rosak
                                      -suis penghidup rosak
2-Lampu berkelip-kelip tetapi tidak menyala
                     -tiub rosak
                    -suis penghidup rosak
3-Kedua-dua hujung tiub merah dan lampu tidak menyala
                    -tiub rosak
                    -sius penghidup rosak                                                                                                             

NOTA KHB Tingkatan 1 ; Organisasi Bengkel


ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN                                                      TINGKATAN 1
ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN
Pengurusan Organisasi Bengkel Dan Keselamatan
1.  Organisasi bengkel dan keselamatan adalah satu sistem pengurusan bengkel.
2.  Dalam sistem ini, murid akan menjalankan tugas mereka dalam kumpulan secara bergilir-gilir.
3.  Murid perlu mematuhi jadual kerja yang disediakan dan bekerjasama untuk memastikan peraturan-peraturan tersebut dipatuhi.

Struktur Organisasi Bengkel
1.  Ketua kumpulan dinamakan formen dan dibantu oleh penolong formen.
2.  Formen dan penolong formen menerima arahan daripada guru dan mereka akan menyelaraskan tugasan kepada setiap kumpulan.
3.  Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan menjalankan tugas masing-masing berdasarkan carta organisasi.

Langkah-Langkah Keselamatan
1.  Amalan 4M dipraktikkan di dalam bengkel bagi memupuk semangat bekerjasama dan bertanggungjawab di kalangan murid.
2.  Amalan 4M tersebut ialah seperti yang berikut.
Amalan 4M

Membersih
Kebersihan dari segi fizikal dan mental

Menyusun atur
Alatan dan bahan hendaklah disusun di tempat yang telah ditetapkan

Menilai
Penilaian diri mengenai mutu kerja dan proses kerja
Mendisiplin
Sentiasa mempraktikkan peraturan keselamatan
ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN                                                      TINGKATAN 1
 








3.  Peraturan keselamatan di dalam bengkel:
(a)         Memberikan perhatian pada kebersihan bengkel;
(b)        Memastikan lantai bengkel sentiasa kering dan tidak berminyak;
(c)         Memastikan terdapat alat pemadam api di dalam bengkel;
(d)        Memastikan bengkel bersih dan kemas;
(e)         Memastikan bengkel mempunyai pengudaraan dan percahayaan yang mencukupi;
(f)           Membekalkan bengkel dengan peti pertolongan cemas.

4. 
ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN                                                      TINGKATAN 1
Peraturan keselamatan alatan dalam bengkel:
(a)         Menggunakan alatan tangan mengikut kegunaan yang betul;
(b)        Berhati-hati semasa menggunakan alatan tangan;
(c)         Menyimpan semua alatan dan bahan di tempat yang selamat;
(d)        Memastikan alatan yang digunakan adalah betul dan dalam keadaan yang baik.
5.  Peraturan keselamatan diri:
(a)         Berbaju lengan pendek atau melipat baju yang berlengan panjang;
(b)        Menanggalkan tali leher dan memasukkannya ke dalam baju;
(c)         Memakai kasut untuk mengelakkan kemalangan;
(d)        Menggunakan gogal dalam kerja-kerja tertentu;
(e)         Memakai apron jika perlu;
(f)           Mendapat kebenaran guru sebelum menggunakan mesin;
(g)        Mengikut arahan guru semasa berada di dalam bengkel
(h)        Berambut pendek atau mengikat rambut yang panjang.
6. 
ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN                                                      TINGKATAN 1
Satu buku rekod kemalangan dan kecederaan perlu disediakan di dalam bengkel.
7.  Alat pemadam api perlu disediakan di dalam bengkel untuk memadamkan kebakaran kecil.
8.  Setiap murid harus tahu kedudukan alat pemadam api.
9.  Jenis pemadam api yang biasa digunakan adalah seperti yang berikut.
Jenis Pemadam Api
Label
Jenis Bahan Bakar
Air
A
Kayu, kain, plastik, sampah sarap
Buih
B
Minyak, gas, thinner, lekar, petrol, cat.
Debu kering
ABC
Semua jenis bahan
Karbon Dioksida
BC
Minyak, petrol, cat, peralatan elektrik, lekar, gas.
10.       Cara menggunakan alat pemadam api:
(a)         Keluarkan pin picu
(b)        Halakan muncung pemancut alat pemadam api ke dasar api
(c)         Tekan tuas rapat pada pemegang supaya bahan pemadam api dapat disembur.

11.      
ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN                                                      TINGKATAN 1
Kotak pertolongan cemas perlu juga disediakan di dalam bengkel untuk merawat kecederaan.
12.       Kotak pertolongan cemas mengandungi beberapa jenis bahan seperti iodine, ubat antiseptic, kapas, gunting, plaster, pin, dan pembalut luka.
13.       Aspek keselamatan dan penggunaan elektrik:
(a)         Memastikan alatan elektrik dibumikan dengan betul;
(b)        Memastikan suis elektrik dimatikan apabila menukar mentol atau mencabut plag;
(c)         Tidak mencuba membaiki sendiri peralatan elektrik;
(d)        Tidak menyentuh wayar elektrik yang terdedah;
(e)         Tidak menggunakan sesuatu alatan elektrik jika didapati penebat wayarnya telah rosak;
(f)           Tidak mengendalikan alatan elektrik dengan tangan yang basah;
(g)        Tidak menggunakan alatan elektrik di tempat yang basah;
(h)        Tidak meletakkan terlalu banyak beban pada satu soket elektrik;
(i)          
ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN                                                      TINGKATAN 1
Memastikan tamatan plag adalah betul apabila membuat pendawaian plag;
(j)           Sekiranya berlaku kejutan elektrik, suis utama mesti dimatikan dengan serta merta;
(k)        Tidak menarik mangsa kejutan elektrik dengan tangan sebaliknya asingkan mangsa dengan bahan kering atau bahan bukan logam.

Etika Dan Budaya Kerja
1.  Amalkan etika dan budaya kerja yang betul semasa berada di dalam bengkel supaya  murid mengamalkannya setelah mereka menempuh alam pekerjaan nanti.
2.  Etika kerja adalah disiplin dan sikap anda terhadap kerja manakala budaya kerja bermaksud cara peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sebuah organisasi.
3.  Contoh etika kerja adalah:
(a)         Menepati waktu;
(b)        Amanah;
(c)         Patuh pada peraturan dan undang-undang.
4.  Contoh budaya kerja ialah:
(a)         Beratur ketika memasuki bengkel;
(b)        Mengucapkan salam kepada guru sebelum memulakan kerja;
(c)         Formen hendakkah memeriksa keadaan bengkel dan alatan serta membuat laporan.